Sign Up
My Muslim Friends Book - helps you connect and share with over 500,000+ Muslims in over 175 Countries.
MFB is working hard to assure that there is no harmful ingredient in the recipes and are Halal. However if you find any recipe containing harmful ingredient please report it to us URGENTLY and We will immediately remove it.
Roti John Ayam

Roti John Ayam

Category:
Posted By: On January 25, 2014
Comments: 1
Views: 1050
3 Ratings

Bahan - bahan:

170 gram daging ayam kisar
3 biji telur ayam
1 biji bawang merah saiz sederhana
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh sebuk jintan manis
1/4 sudu teh garam
Minyak
4 biji Roti Frankfurter Gardenia
Sos cili (optional)

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan daging ayam kisar. Gaul. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk jintan manis. Kacau hingga daging hampir masak. Tutup api dan ketepikan.
2. Hiris bawang. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan hirisan bawang dan daging yang hampir dimasak tadi ke dalam mangkuk yang ada telur. Kacau hingga sebati. Panaskan kuali tidak melekat (non-stick) dan letak sedikit minyak. Belah dua roti frankfurter tapi jangan sampai terputus.
3. Ratakan minyak dan tuang telur yang dikacau bersama daging ke dalam kuali. Jangan tuang semua. Besar telur agak-agak besar roti frankfurter tu. Dah setengah masak, letakkan roti frankfurter (bahagian dalam) pada atas telur. Tekan-tekan roti tu supaya melekat dan bahagian dalam telur tu masak. Nampak telur dah tak ada cecair (kering), angkat dan letak atas pinggan.
4. Letak sos atas telur tu dan tutup (lipat) roti tu. Nak letak mayonnaise, thousand islands pun boleh. Nak letak sayur pun boleh. Ikut citarasa anda.
5. Ulang sampai habis roti. Dah siap, boleh makan.

Selamat mencuba!

  and  like this.
I love myMFB
yummyyy
  • February 5, 2014 10:32 pm , GMT
  • ·
  • Like