Sign Up
MyMFB - Muslim - Islamic - Social Media helps you connect and share with the people in your life.

Kronologi Pengembangan Islam di Andalusia (Sila rujuk Peta-Peta yang Disediakan bagi Pemahaman yang lebih baik)



Saudi,Afrika Utara,dan Spain dan Perancis di Utara



Andalusia kini dikenali sebagai Sepanyol. Ia merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol suatu masa dahulu. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain. Orang Islam memerintah Andalusia dari 711 hingga 1492.



Islam berkembang di Saudi Arabia(Mekah,Madinah dll)di Zaman Nabi Muhammad s.a.w,& khalifah Rashidin dan kemudiannya ke Mesir, dan seterusnya ke Negara-negara jiran yang lain di zaman Bani Ummayah.Firstly, Uqbah Bin Nafi (UN) berjaya meluaskan Empayar Islam Ke Libya,Algeria dan Morocco untuk terus sebar Islam ke Andalus pula. Namun, strateginya yang begitu cepat berdakwah dan tidak follow up menyebabkan wujud masalah ramai Murtad semula kerana tiada sumber rujukan dan bimbingan Islam.



Maka,Musa Bin Nusair (MN) pula dilantik menjadi Gabenor Tentera Afrika Utara dan diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah murtad ini dan terus sebarkan Islam ke Pelosok Afrika Utara dan seterusnya ke Andalus. MN melantik Thariq bin Ziyad(TZ) untuk mengetuai Pakatan Tenteranya.



Andalusia di ketika itu di bawah pimpinan Raja Roderick berpusat di Visigoth,Sepanyol (Raja Roderick ini banyak mengambil jizyah(cukai) yang tidak berpatutan daripada pelawat Andalusia), Maka agak sukar untuk menyebarkan khabar Islam di Andalusia.Andalusia pula dipisahkan dari Afrika Utara oleh Selat Gibraltar (Jarak Selat itu 13 km sahaja,but unfortunately takde technology bridge cam sekarang ni…)



Peta Sepanyol dan Daerah2 yang Dipelapori




Maka,pada 711 M, TZ mendapat perintah dari MN untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia. Bersama 7.000 tentera yang dipimpinnya, TZ menyeberangi selat Gibraltar (berasal dari kata “Jabal Thariq” yang berarti “Gunung Thariq”) menuju Andalusia.



Setelah mendarat, TZ memerintahkan anak buahnya untuk membakar kapal-kapal yang membawa seluruh ahli pasukannya, kecuali kapal-kapal kecil yang diminta pulang untuk meminta bantuan kepada khalifah.Beliau mengatakan, “Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya dua pilihan, menaklukkan negeri ini dan menetap di sini serta mengembangkan Islam, atau kita semua binasa (syahid).”



Kata-kata ini adalah untuk membakar semangat pejuang-pejuang. Itu Mindset pejuang Islam pada masa itu. Jihad…Jika harta rampasanlah yang nak dibawa kembali balik ke Afrika Utara, tidak mungkin mereka membakar kapal-kapal mereka…

Mereka segera menyusun kekuatan untuk menggempur pasukan kerajaan Visigoth, Spanyol, di bawah pimpinan Raja Roderick Atas pertolongan Allah swt, 100.000 pasukan Raja Roderick tumbang di tangan pasukan muslim seramai 7000 orang sahaja.Ini kerana mereka bertempur harapkan Allah sahaja.



Setahun kemudian, MN bertolak membawa 10.000 tentera menyusul TZ. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia berhasil diduduki tentera TZ dan MN; Toledo, Elvira, Granada, Cordoba dan Malaga. Lalu dilanjutkan Zaragoza, Aragon, Leon, Asturia, dan Galicia. Dan penyebaran Islam ke Eropah pun dimulai dari Andalusia. Tapi to Bare in Mind,tujuan penaklukan ini untuk sebar Islam(sebarkan walau sepatah),tawanan Perang tidak di bunuh atau diseksa seperti mana yang dilakukan oleh pihak lawan sehingga ke hari ini…



Pasukan MN dan pasukan TZ bertemu di Toledo. Keduanya bergabung untuk menaklukkan Ecija. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Spanyol berhasil dikuasai. Beberapa tahun kemudian Portugis mereka taklukkan dan mereka ganti namanya dengan Al-Gharb (Barat).



Sungguh itu keberhasilan yang luar biasa. MN dan TZ ingin membawa pasukannya terus ke utara untuk menaklukkan seluruh Eropah kerana waktu itu tidak ada kekuatan lain yang mampu melawan mereka. Namun keinginan untuk terus sebar dakwah islamiah ke Eropah tidak Berjaya apabila umat Islam tidak dapat menembus Utara Perancis dan tewas dalam Perang Tours(The battle of Tours).Ini satu perang yang cukup penting kerana kemenangan itu bakal dapat membuka pintu untuk penyebaran Islam Ke Eropah. Perancis diketuai pimpinan Charles Martel, melawan tentera Bani Umayyah pimpinan Gabenor Al-Andalus Abdurrahman Al-Ghafiqi(AG).AG syahid dalam pertempuran itu.

Selain itu, Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik(KWM) memanggil TZ dan MN berdua pulang ke Damaskus (Damsyik) . TZ pulang terlebih dahulu sementara MN menyusun pemerintahan baru di Sepanyol.



Tidak lama selepas TZ kembali bertemu KWM, KWM pun meninggal dunia.TZ pula diajak oleh Ayah MN untuk mengerjakan haji di Mekah. TZ berdoa jika panjang umur ingin dia kembali ke andalusia untuk sebar Islam jika tidak harap dia meninggal di Madinah. Makbul doa TZ beliau meninggal di Madinah setelah selesai ibadah haji.

Kemudian setelah KWM yang berasal dari bani umayyah meninggal, Pada tahun 750 M, kekuasaan khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik digantikan dengan kekuasaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad.Abdurrahman Ad-Dakhil(ARD), dari keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri (YF)dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia yang berpusat di Cordoba.



Di bawah naungan Islam,Andalusia menjadi pusat budaya yang maju dan mempunyai karya2 yang hebat. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba(Sepanyol). Cordoba juga mampu menandingi Baghdad(Iraq,pusat asal bani abasiyyah) dalam pelbagai sektor. Bandar Cordoba mempunyai lampu jalan,air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar, dan lain-lain. Orang eropah di laur Andalus yang datang ke Cordoba terpegun dan seronok melihat bandar Cordoba. Pada masa itu negara-negara lain di Eropah tidak mempunyai pembangunan dan gelap gelita.



Again,bare in mind,Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.

* mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau diasingkan dari orang Islam
* mereka tidak dijadikan hamba untuk orang Islam
* mereka tidak dihalang dari mengikut kepercayaan mereka.
* mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam
* mereka boleh terlibat dalam pekerjaan yang sama dengan orang Islam seperti bekerja di bank dan urusan jual beli emas dan perak.
* mereka juga boleh bekerja di sektor-sektor awam

Namun, kejayaan pembangunan dan sumber ekonomi yang begitu banyak menyebabkan perang saudara yang menjatuhkan kekhalifahan Cordoba(sepanyol) adalah antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur kerajaan Islam itu jatuh pada tahun 1031 M.



Namun,Bandar Toledo (sepanyol) antara negeri kecil yang masih terus membangun selepas kejatuhan Cordoba. Toledo telah banyak memberikan sumbangan terhadap gerakan pemikiran dalam kebudayan Islam. Selain itu Toledo sangat hebat dalam bidang astronomi.Pada tahun 1085 M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Dengan jatuhnya ke tangan Castile ini bererti Toledo telah jatuh ke tangan Tentera Salib. Usaha untuk merebutnya kembali telah beberapa kali dilakukan tetapi semuanya gagal.



Sisa-sisa umat Islam di Andalusia itu masih dapat bertahan dan bangun kembali di Granada, di bawah dinasti Bani Ahmar (1232-1492). Akan tetapi, secara politik, dinasti ini hanya berkuasa di wilayah yang kecil. Universiti Granada dan Istana Al Hambra yang termasyhur itu pun dibangun walau di tengah ancaman tentara musuh. Alhambra boleh dikatakan seperti istana dalam fairy tale bagi mereka yang tidak pernah melihatnya pada masa itu. Senibina Alhmbra (lihat gambar)memerlukan kepakaran matematik yang tinggi dan seni ukir yang tinggi.SubhanAllah.



Alhambra,Istana yang dibina Orang Islam di Granada suatu masa dahulu



Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Granada,Sepanyol ini berakhir karena perselisihan orang-orang istana dalam memperebutkan kekuasaan. Abu Abdullah Muhammad (AAM)merasa tidak senang kepada ayahnya karena menunjuk anaknya yang lain sebagai penggantinya menjadi raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kekuasaan. Dalam pemberontakan itu, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad(MIS). Abu Abdullah(AAM) kemudian meminta bantuan kepada Ferdenand dan Isabella untuk menjatuhkannya(di sini ada pengajaran yang boleh diambil, di mana ada umat Islam yang mohon pertolongan asing untuk jatuhkan umat islam sendiri,astagfirullah..amat menyedihkan).



Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan penguasa yang sah dan Abu Abdullah(AAM) naik tahta. Tentu saja, Ferdenand dan Isabella mash tidak cukup merasa puas. Keduanya ingin merebut kekuasaan terakhir umat Islam di Granada,Sepanyol. AAM tidak kuasa menahan serangan-serangan orang Kristen tersebut dan pada akhirnya mengaku kalah. Akhirnya keemasan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.



Umat Islam setelah itu dihadapkan kepada dua pilihan, masuk Kristian atau keluar dari Sepanyol. Umat Islam pun terusir dengan pedihnya dari bumi Andalusia. Hanya yang mau meninggalkan Islam (murtad) yang boleh tinggal. Yang tetap beriman kepada Allah bersama AAM di persilahkan naik ke kapal dan berlayar menuju Afrika Utara menyeberangi Selat Gibraltar. Kalau dulu TZ menyeberanginya dengan kepala tegak penuh semangat dan optimis, namun AAM berlayar dengan sedih dan menundukkan kepala dengan penuh keaiban. Tanggal 2 Januari 1492 itu tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Baik Cordoba maupun Granada hancur lebur bersama kitab-kitabnya yang dibakar . Namun Istana Alhambra tidak dihancurkan oleh orang Kristian, mungkin kerana tidak sanggup. Alhambra merupakan peninggalan terhebat menunjukkan kegemilangan pemerintahan Islam di Sepanyol.

Antara Usaha Pemerintah Katolik Andalusia ketika itu bagi menghapuskan nama Islam dari bumi Andalusia:-

* Umat Islam disuruh Murtad atau meninggalkan Kota Granada
* Bagi yang menaiki Kapal untuk kembali ke Afrika Utara,Kapal mereka dibakar bersama-sama mereka dan dibiarkan rentung.
* Tubuhnya The Spanish Inquisition(1482-1834), Institusi pengadilan gereja yang didirikan oleh Raja Ferdinand dan Isabella, yang bertujuan untuk memelihara ortodoksi Katolik di Sepanyol
* Umat Islam yang enggan murtad dibunuh,diseksa dan dibakar mengunakan teknik Garruca(mengikat kedua-dua tangan atau diletakkan pemberat dikedua2 tangan,di tonggang terbalik dengan kaki diikat dengan tali pada ceiling, berkali2 sehingga ke tahap boleh tercabut kaki dan tangan mereka),Toraca(disumbat kain didalam mulut,kemudian paksa minum air banyak2 dari sebuah jar sehingga mereka rasa seperti sedang tenggelam) dan Potro(penyeksaan menggunakan rak yang mempunyai batang besi yang hujungnya tajam seperti pisau dan orang islam itu dibaringkan di atas rak itu sehingga dagingnya ditembus besi2 tajam itu…Kejam sungguh,tidak layak digelar manusia…)
* Mengikut buku Sejarah Nusantara,anak2 perempuan dan isteri2 umat Islam dirogol dihadapan suami dan abang mereka…Astagfirullah
* Diadakan larangan penggunaan nama Islam, pakaian Islam, serta larangan berbahasa Arab.
* Disebabkan takut Orang2 Islam Murtad pada nama sahaja tapi masih beramal secara sembunyi,orang islam yang Murtad itu di suruh pakai baju khusus yang melambangkan mereka pernah Islam dan di pindahkan ke satu kawasan kediaman yang terpencil agar boleh diserang bila-bila.
* Bahkan orang-orang Islam yang murtad ini diberitahu anak-anak mereka nantinya harus diserahkan untuk dididik para pendeta Kristen.Di situ anak-anak orang Islam ini di brain wash dan dijadikan pakatan tentera untuk menyerang Umat Islam sendiri.(Sehingga suatu hari anak-anak ini sudah tidak kenal ibubapa nya dan mungkin menembak mereka dengan tangan sendiri)

Sehingga Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di bumi andalus.



Amat sedih sekali………Kini kita mungkin hanya melihat kemegahan bangunan-bangunan unik yang berada di Andalusia, tapi kisah kejatuhan Islam dan Penyeksaan terhadap mereka amat menyayat hati dan perlu diberi perhatian sewajarnya….Kita dapat lihat kelemahan Umat Islam apabila tergelongsor dari Jalan Allah atau SunatAllah..seperti perebutan kuasa dan harta,perang saudara,dengki dan tidak bersatu membawa kepada kejatuhan empayar yang megah suatu masa dahulu dan penyeksaan pada generasi seterusnya…Our mistake today, will destroy their Tomorrow…Its still not too Late…



Selain itu, kita dapat lihat betapa bezanya jalan Islam dan Jalan Pihak Lawan.Kalau kita teliti artikel ini,apabila umat Islam menguasai Andalusia,orang bukan Islam tidak pernah diseksa atau diancam. Mereka turut dipelihara dan diberikan Hak bebas beragama dan berniaga.Keindahan Islam inilah yang telah menarik ramai dari mereka untuk memeluk Islam dan membawa kepada perkembangan Islam di serata Andalusia.Ini kerana Pemimpin Islam menyakini Allah dan agama-Nya dan tidak gentar dengan kuasa lawan keran yakin Islam agama terunggul. Berbeza betul pula dengan pihak lawan yang bertindak begitu kejam terhadap umat Islam.Sehinggakan mereka masih syubha dengan umat Islam yang telah bergelar Murtad.Ini kerana pihak lawan begitu gentar dengan nama Islam,deep inside mereka sudah menyedari Islam pasti boleh kembali bangkit,maka mereka cuba sedaya upaya mereka untuk menghapuskan nama Umat Islam dari bumi Andalusia….No matter what they Do, they can Never Hurt you,Coz ur Soul Will always be Free….Namun,Pengorbanan Para Syuhada pasti tidak sia-sia..Lihatlah kisah mereka dikenang sehingga ke Hari ini…dan Today Islam is the still the Fastest Growing Religion In the World, Alhamdullilah!



Setakat ini Coretan saya, Harap Ilmu yang saya mendapat dari daurah Andalusia kali ini telah saya kongsi dengan anda semua dengan sebaik-baiknya.May Allah bless us all,Insha-Allah,Ameen.
نور فضيلة
ANDALUSIA TINGGAL SEJARAH... SEMOGA KITA BERTEMU LAGI..
  • November 30, 2010 2:15 am , GMT
  • ·
  • Like
  • ·
  • ·
Captcha Challenge